Minda & Motivasi
Matang dalam usaha turunkan berat badan
· 2 min baca · Oleh Mohamad Faizal Saedon
Ramai yang kata, nak berjaya turunkan berat badan kena ada rasa seronok. Saya setuju. Kalau kita seronok, kita lebih mudah untuk teruskan.
Tapi kita kena jujur dengan diri sendiri. Hakikatnya, benda yang kita nak, iaitu badan yang lebih kurus dan sihat, datang daripada buat benda yang kita tak suka buat.
Bangun awal untuk berjalan. Kurangkan air manis yang dah jadi teman setiap hari. Tolak tambah nasi walaupun perut sebenarnya dah kenyang. Tak ada satu pun yang seronok pada mulanya.
Sebab tu kita perlukan cara yang rasional. Dan cara paling rasional ialah satu: jangan nak cepat.
Jangan nak cepat
Bila kita nak cepat, kita selalunya pilih cara yang paling susah. Diet ketat, senaman berat, cabaran yang menyeksa. Semangat tinggi pada minggu pertama, kemudian hilang begitu sahaja.
Bila kita berhenti nak cepat, barulah ruang untuk berfikir dengan matang terbuka. Dan pemikiran yang matang inilah yang buat kita bertahan.
Tiga tanda kita dah matang
1. Kita hargai kesihatan lebih daripada rupa
Nak nampak segak atau cantik itu normal. Tapi matlamat yang hanya bergantung pada rupa mudah goyah. Bila kita matang, kita nampak taruhan yang lebih besar: tekanan darah, gula dalam darah, nafas yang tak lagi tercungap, dan masa depan bersama keluarga. Matlamat untuk sihat buat kita lebih kental.
2. Kita faham setiap perubahan perlukan proses
Berat badan yang naik bertahun-tahun tak akan turun dalam beberapa minggu. Bila kita matang, kita berhenti bandingkan perjalanan kita dengan orang lain, dan kita tak kecewa bila penimbang bergerak perlahan. Kita bagi masa kepada badan untuk berubah.
3. Kita tahu buat sedikit tapi berterusan itu lebih power
Jalan kaki 15 minit setiap hari selama setahun akan bawa kalian lebih jauh daripada bersenam dua jam seminggu, kemudian berhenti sebulan. Perubahan kecil yang diulang setiap hari akhirnya jadi tabiat, dan tabiat itulah yang mengubah badan kita.
Kita sama-sama buat benda yang kita tak suka
Jadi, matanglah dalam usaha kali ni. Terima hakikat yang perjalanan ni tak selalu seronok. Ada hari kalian malas. Ada hari kalian rasa tak ada perubahan langsung. Itu normal.
Yang penting, kita sama-sama buat benda yang kita tak suka buat, sedikit demi sedikit, sehingga kita berjaya.
Saya dan ramai rakan lain dalam Misi Ubah dulunya yakin kami akan gemuk sampai mati. Saya sendiri obes sejak kecil, sampai 135 kg. Tapi dengan izin Allah, kami berjaya ubah diri kami.
Kalau kalian nak tahu macam mana saya bermula, baca kisah saya dalam artikel Kawal benda kecil: macam mana saya turun 65kg.
Insya-Allah, kalau kami boleh, kenapa tidak kalian?