MISI UBAH
UBAH DIRI, UBAH HIDUP

Kisah Inspirasi

90 hari, 90 laporan: kisah Wan Salina dari 82kg ke 57.8kg

· 4 min baca · Oleh Mohamad Faizal Saedon

Pada Januari 2026, Wan Salina Wan Jaafar masukkan berat pertamanya dalam Misi Ubah: 82kg.

Pada 19 November 2026, berat dia 57.8kg. Turun 24.2kg.

Poster Hall of Fame Misi Ubah untuk Wan Salina
Wan Salina dalam Hall of Fame Misi Ubah

Permulaan yang perlahan

Saya nak jujur dengan kalian. Bulan-bulan awal Wan Salina bukan cerita yang hebat.

Januari dan Februari, dia lapor langkah beberapa hari. Mac dan April, langsung tak ada laporan. Dari Januari ke pertengahan Mei, berat dia turun 4kg je.

Kalau ikut kebanyakan orang, di sinilah cerita berhenti. Tapi tidak untuk Wan Salina.

Bulan Jun: dia mula betul-betul

Bulan Jun, Julai dan Ogos 2026, Wan Salina lapor langkah sebanyak 90 hari. Tiga bulan berturut-turut, hampir setiap hari.

Dan purata langkah dia dalam tiga bulan tu sekitar 18,000 hingga 21,000 langkah sehari.

Bulan Jun juga, dia mula tanda tabiat harian dalam Misi Ubah. Setakat ni, dah 136 hari dia tanda.

Perjalanan berat Wan Salina

  • Januari 2026: 82kg
  • Mei 2026: 78kg
  • Jun 2026: 75kg
  • Julai 2026: 68kg
  • Ogos 2026: 64kg
  • September 2026: 60kg
  • Oktober 2026: 58.8kg
  • November 2026: 57.8kg

Sejak Mei, dia timbang lebih 20 kali. Tak sekali pun berat dia naik.

Pada 25 September 2026, berat dia 59.75kg. Kali pertama bawah 60kg dalam rekod dia.

Apa yang kalian boleh belajar dari Wan Salina

  1. Permulaan yang perlahan tak menentukan pengakhiran.
  2. Bila kalian dah sedia, pergi sepenuhnya. Tiga bulan yang konsisten boleh ubah segalanya.
  3. Timbang dan rekod supaya kalian nampak perjalanan sendiri.
  4. Bina tabiat harian, bukan sekadar semangat.

Kalau kalian dah lama daftar tapi belum betul-betul mula, Wan Salina buktikan tak ada istilah terlambat. Mula hari ini.

← Semua kisah inspirasi