Kisah Inspirasi
35 kali timbang, 35 kali turun: kisah Siti Najiha
· 4 min baca · Oleh Mohamad Faizal Saedon
Pada 1 Julai 2025, Siti Najiha masukkan berat pertamanya dalam Misi Ubah: 86kg.
Rekod berat terakhir dia, Mei 2026: 71kg. Turun 15kg.
Tapi yang buat saya nak kongsi kisah Najiha bukan angka 15kg tu. Yang buat saya nak kongsi ialah dua angka lain: 35 dan 481.
35 kali timbang, 35 kali turun
Dari Julai 2025 hingga Mei 2026, Najiha timbang dan rekod berat sebanyak 35 kali. Kebanyakannya seminggu sekali.
Dan setiap kali, berat dia lebih rendah dari timbangan sebelumnya. Tak sekali pun naik.
Kadang turun 0.2kg je. Kadang 0.3kg. Kecil sangat. Tapi turun. Minggu demi minggu.
- Julai 2025: 86kg
- Ogos 2025: 80.5kg
- September 2025: 78.2kg
- Oktober 2025: 76.8kg
- November 2025: 75kg
- Disember 2025: 73.2kg
- Januari 2026: 72.3kg
- Mei 2026: 71kg
481 hari lapor langkah
Sejak 1 Julai 2025 hingga hari ini, ada 507 hari. Najiha dah lapor langkah sebanyak 481 hari.
Jumlah langkah dia lebih 8.5 juta. Purata hampir 17,800 langkah sehari.
Dan dia tak perlahan. Bulan Ogos dan September 2026, purata dia lebih 26,000 langkah sehari. Lebih tinggi dari tahun lepas.
Bulan Jun 2026, dia mula tanda tabiat harian dalam Misi Ubah. Setakat ni, dah 137 hari.
Apa yang kalian boleh belajar dari Najiha
- Turun sikit pun tetap turun. Jangan pandang rendah 0.2kg.
- Timbang secara berkala supaya kalian nampak trend, bukan satu angka.
- Konsisten bertahun-tahun mengalahkan semangat beberapa minggu.
- Bila dah jadi tabiat, kalian tak perlu paksa diri lagi.
Kalau kalian rasa berat turun terlalu perlahan, ingat Najiha. Sikit-sikit, setiap minggu, sampai jadi 15kg.