MISI UBAH
UBAH DIRI, UBAH HIDUP

Kisah Inspirasi

Tak miss satu hari pun sejak 1 Jun: kisah Abdul Hazis

· 4 min baca · Oleh Mohamad Faizal Saedon

Abdul Hazis sertai Misi Ubah pada Mei 2026. Rekod berat pertama dia dalam tracker: 90.4kg.

Pada 13 November 2026, berat dia 74.3kg. Turun 16.1kg dalam 6 bulan.

Tapi ada satu fakta tentang Hazis yang buat saya terdiam. Sejak 1 Jun 2026 sampai hari ini, dia lapor langkah setiap hari. Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November. Tak miss satu hari pun.

Bulan pertama: naik turun

Saya nak tunjuk kalian sesuatu. Ni berat Hazis dalam bulan pertama dia:

  • 12 Mei: 90.4kg
  • 15 Mei: 89.6kg
  • 17 Mei: 90.6kg
  • 24 Mei: 88.4kg
  • 5 Jun: 89.5kg

Turun, naik, turun, naik. Kalau kalian di tempat dia, mungkin kalian dah rasa nak berhenti. Usaha dah buat, tapi berat main-main.

Hazis tak berhenti. Dia teruskan.

Lepas tu, berat mula bergerak

  • Jun 2026: 87.95kg
  • Julai 2026: 84.15kg
  • Ogos 2026: 80.4kg
  • September 2026: 76.5kg
  • Oktober 2026: 76.4kg
  • November 2026: 74.3kg

Kalian perasan tak? Dari September ke Oktober, berat dia hampir tak bergerak. Turun 0.1kg je dalam sebulan.

Sekali lagi, Hazis tak berhenti. Bulan Oktober, dia tetap lapor langkah 31 hari daripada 31 hari. Dan bulan November, berat dia turun lagi ke 74.3kg.

Tabiat yang dia jaga

Bulan Jun 2026, Hazis mula tanda tabiat harian dalam Misi Ubah. Setakat ni, dah 155 hari dia tanda.

Dari 5 Mei hingga hari ini, dia lapor langkah 189 hari daripada 200 hari. Dan purata langkah harian dia antara yang tertinggi dalam Misi Ubah.

Apa yang kalian boleh belajar dari Hazis

  1. Bulan pertama memang naik turun. Jangan nilai usaha kalian dengan satu timbangan.
  2. Bila berat tersekat, teruskan tabiat yang sama.
  3. Lapor setiap hari, walaupun hari tu tak cantik.
  4. Konsisten mengalahkan semangat.

Kalau berat kalian tengah main-main sekarang, ingat Hazis. Dia tak tunggu angka cantik untuk terus bergerak.

← Semua kisah inspirasi